Pages

Friday, February 10, 2012

Cantik... Wanita... dan Islam...

Kecantikan bukanlah satu benda yang asing dalam kehidupan seharian kita. Malahan yang sangup berhabis hanya kerana nahu cantik pun ada. Itu bukan perkara pelik lagi untuk zaman sekarang ni. Orang putih kata 'biar papa asal bergaya'

Islam itu sendiri pun suka akan kecantikan dan keindahan serta kebersihan. Cuma ianya berbeza dengan konsep kecantikan yang dinilai oleh manusia. Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan dalam seseorang wanita itu. Sejauh mana dia mampu menjaga maruahnya dan keluarga. 


Tak semestinya kita yang wanita atau gadi ini perlu berjubah litup dan berfurdah. Bukanlah tak boleh, boleh sangat digalakkan. Tapi kita kena berbalik kepada diri kita sendiri. Jika kita nak bertudung, berfurdah segala bagia, betulkah kita mahu melakukannya secara istiqamah?

Seandainya tidak lebih baik jangan. Dikhuatiri kita akan melakukannya macam hangat-hangat tahi ayam je, kan tak elok macam tu. Macam nak permainkan agama. Untuk permulaan biarlah kita hanya memakai tudung, baju atau seluar yang tidak sendat. Bertudung dengan pakaian sendat juga bukanlah ciri-ciri yang baik untuk menjadi wanita yang cantik. 

Tak kisahlah kalau nak melawa dan mencantikkan diri tapi kita taidak boleh berlebihan. Islam itu sendiri adalah agama yang sederhana. Sederhana dalam semua perkara. Even dalam beribadah pun ada hadnya. Itu menunjukkan bahawa Islam itu indah dan cantik susunannya.


Wanita itu indah dan cantik. Lebih cantik apabila dia pandai menjaga tatasusilanya, kesopanannya, kelembutannya, keayuannya dan maruahnya. Cantiknya wanita itu dalah kekal selagi tiada yang mencemarinya. Maruah itu perlu dijaga dan dilindung kerana tanpa maruah cantik macam mana sekali pun seorang wanita itu ia sudah tidak berguna lagi.

Monday, February 6, 2012

Ekspresi garang tampil kelainan

Setiap insan mendambarkan kelainan agar diri tampak lebih menyerlah. Malah ada yang sanggup membelanjakan hampir puluhan ribu ringgit semata-mata ingin kelihatan lebih menarik berbanding orang lain. Begitu juga dengan dekorasi kamar tidur masing-masing. Lihat saja gambar kamar tidur yang saya tampilkan di bawah ini...

Kamar tidu dalam swiming pool.

Di sini saya sertakan 5 tip dekorasi ala Oriental atau Asia :-
  1. Kebiasaannya, warna klasik yang dikaitkan dengan gaya Asia adalah warna merah dan hitam. Bagaimanapun, jika warna ini terlalu menonjol, anda boleh gunakan warna kelabu, merah jambu dan hijau cair.
  2. Dekorasi ala Asia tidak memerlukan pelbagai barangan hiasan untuk sudut tumpuan. Satu bekas antik lebih bermakna daripada koleksi set teko jed pelbagai saiz.
  3. Konsep yang sama. Jangan campur aduk pelbagai konsep dalam satu rumah. Jika anda menggunakan konsep Oriental di ruang tamu, teruskan konsep yang sama di ruang makan dan sebagainya.
  4. Konsep dekorasi ala Asia tidak bermakna terhad kepada barang antik seperti seramik atau barangan etnik Cina sahaja. Anda boleh gunakan barangan dengan rekabentuk kontemporari bercirikan Asia.
  5. Kenal pasti keperluan dekorasi untuk setiap ruang. Misalnya anda boleh gunakan tikar buluh di ruang tamu, ruang duduk atas lantai atau lebih rendah.


 
Contoh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...